Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota parlimen Shah Alam mendakwa presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) Zamihan Mat Zin mungkin dilindungi oleh seorang ‘godfather’.

Khalid Samad mendakwa godfather itu cuba mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menyelamatkan Zamihan susulan ucapan kontroversinya baru-baru ini.

“Ustaz Zamihan ada dia punya godfather dia, ini bukan baru, dia selamba sahaja kata orang itu, ini... tapi tak ada tindakan yang diambil. Sampai sekarang ini hentam sultan pun boleh.

Godfather nak jumpa sultan nak merayu pada Sultan, nak mengadap Sultan Johor,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Shah Alam hari ini.

Beliau juga ditanya sama ada beliau maksudnya Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir.

Khalid bagaimanapun enggan mendedahkannya dan menjawab “wartawan perlu menyiasatnya”.

Sabtu lalu Othman dan Jamil dilapor berkata pihaknya akan memohon mengadap Sultan Ibrahim, berikutan titah baginda berhubung Jakim.

Sinar Harian melaporkan Sultan Ibrahim bertitah Jakim tidak perlu memberi pandangan agama kepada Johor kerana soal itu bawah bidang kuasa negeri.

Baginda juga menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) agar tidak lagi berurusan dengan badan itu.

Sementara itu, wartawan juga membangkitkan kes hampir sama membabitkan Khalid yang pernah didapati bersalah mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Klang pada 2011.

Bagaimanapun, kata Khalid, kes beliau berbeza kerana beliau tidak langsung menghina sultan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Zamihan berkaitan dakwaan itu.

Lihat Komen
ADS