Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kenapa Khairy begitu takut dengan Malaysiakini?'
Diterbitkan:  Oct 20, 2017 11:59 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

"Kenapa Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin begitu dengan Malaysiakini?"

Itu persoalan yang diajukan oleh ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin, selepas seorang pegawai khas Khairy mengarahkan seorang wartawan dari portal berita bebas berkenaan untuk meninggalkan majlisnya semalam.

"Tindakan meminta wartawan Malaysiakini untuk meninggalkan sidang akhbar itu bukan sahaja menghina ke atas wartawan itu, tetapi juga tidak menghormati akhbar dan kebebasan media di Malaysia secara keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wartawan Malaysiakini itu ditugaskan untuk mengemukakan dua soalan kepada Khairy:

"Adakah Pemuda Umno akan menggantung dua pemimpin Pemuda Umno Sabah yang ditangkap oleh SPRM baru-baru ini, sementara menunggu siasatan;

Pandangannya terhadap dakwaan kenyataan anti-Bugis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad."

Yeo bertanya soalan mana yang takut dijawab oleh Khairy.

Arahan supaya beredar itu dikeluarkan selepas pegawai khas Khairy memohon soalan yang mahu diajukan daripada wartawan sebelum sidang akhbar diadakan.

Sejurus kemudian, pegawai itu datang semula ke meja wartawan dan meminta Malaysiakini meninggalkan tempat itu.

Yeo berkata jika Khairy khuatir bahawa portal berita itu akan memutar-belitkan kenyataannya, beliau tidak sepatutnya menghalang mereka daripada menghadiri sidang akhbar.

"Beliau sebenarnya boleh memfailkan saman terhadap mereka, jika itu benar-benar berlaku. Tetapi adakah kerana alasan lain?

“Adakah kerana beliau takut mempertahankan mereka yang tidak dapat dipertahankan?" soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS