Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KDN minta PPIM serah bukti mengenai sembilan 'dragon'
Diterbitkan:  Oct 20, 2017 4:18 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Kementerian Dalam Negeri meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi oleh sembilan ketua digelar ‘dragon’ selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.

“Saya minta badan bukan kerajaan seperti ini supaya membuat laporan polis. Saya bimbang akan keselamatan mereka sekiranya benar dakwaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai pendedahan oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan itu yang turut mendakwa kegiatan tersebut wujud sejak bertahun-tahun lamanya.

Nadzim turut mendakwa sembilan dra­gon itu mempunyai ‘kuasa’ dalam agensi pe­nguatkuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu-gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS