Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SKMM dan polis siasat penjualan data peribadi
Diterbitkan:  Oct 20, 2017 5:54 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis sedang menyiasat laporan bahawa data peribadi milik berjuta-juta rakyat Malaysia yang disyaki diperolehi secara tidak sah dijual dalam talian.

“Sebagai langkah pencegahan, pihak SKMM telah meminta pentadbir laman sesawang lowyat.net untuk menurunkan iklan penjualan tersebut.

“Pentadbir laman sesawang tersebut telah memberi kerja sama menurunkan iklan serta artikel yang berkaitan.

“SKMM menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga pihak berkuasa melengkapkan siasatan,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.

Lowyat.net semalam melaporkan bahawa data peribadi, termasuk 50 juta masukan dari pelbagai syarikat telekomunikasi, dijual dalam talian.

Ia berkata data itu termasuk nama pelanggan, alamat, nombor telefon bimbit, nombor kad sim dan nombor MyKad pelanggan.

Kebocoran data itu dipercayai berlaku antara 2012-2015.

Data lain yang dijual termasuk nama, ID login, kata laluan, alamat e-mel, kewarganegaraan, alamat dan nombor telefon mudah alih dari laman web iklan pekerjaan, serta data peribadi doktor.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS