Pemuda MCA tubuh jawatankuasa Agenda Nasional Baru
Pemuda MCA sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk membincangkan perkara-perkara berhubung Agenda Nasional Baru (ANB) yang dikemukakannya Pergerakan Pemuda Umno Julai lalu.
Pemuda MCA sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk membincangkan perkara-perkara berhubung Agenda Nasional Baru (ANB) yang dikemukakannya Pergerakan Pemuda Umno Julai lalu.
Pengerusinya Datuk Liow Tiong Lai berkata jawatankuasa seramai 12 orang itu dipengerusikan oleh Ketua Biro Pendidikannya Dr Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Air Hitam, Johor.
"Pendirian kita masih tidak berubah seperti yang telah dikemukakan dalam persidangan meja bulat Pemuda Barisan Nasional pada 15 Ogos lalu. Jawatankuasa ini bertujuan memberi input terhadap ANB," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pergerakan itu selepas pemilihan pucuk pimpinan baru pada 19 Ogos lalu.
Menurutnya, pergerakan itu akan terus menekankan akan perlunya kerajaan mencari sumber ekonomi yang baru untuk memperbesarkan ekonomi negara di samping meneruskan usaha-usaha pembasmian kemiskinan menerusi penekanan kepada pendidikan.
Menurut laporan Bernama, Liow turut mengumumkan penambahan biro-biro daripada 16 kepada 22 biro untuk merangkumi kesemua fungsi kementerian dalam kerajaan.
Bekas setiausaha pergerakan itu Loh Seng Kok dan ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Datuk Liew Yuen Keong yang kedua-dua mereka tewas dalam perebutan jawatan timbalan pengerusi kepada Ling Hee Leong turut dilantik mengetuai biro yang ditubuhkan.
Loh dilantik ketua biro Program Latihan Khidmat Negara sementara Liew pula mengetuai biro Kokus Belia Cina.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.