Terjemahan Ahli akar umbi PAS di Selangor memandang berat desas-desus bahawa pihak party telah melarang beberapa penceramah agama yang terkenal daripada memberi ceramah di majlis anjuran parti itu di negeri tersebut.

Seorang ahli dari Kelana Jaya memberitahu malaysiakini hari ini bahawa beliau dimaklumkan oleh beberapa ahli parti itu dari Kelang bahawa pihak parti telah 'melarang' penceramah tertentu, termasuk penceramah agama terkenal, Shahril Long dan peguam Zulkifli Nordin.

"Kami merasa terperanjat kerana penceramah berkenaan merupakan penyokong kuat parti ini. Kami telah cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya tetapi tidak seorangpun pemimpin tinggi parti yang mahu mengesah apa-apa," kata mereka yang tidak mahu disebut nama.

Ketika dihubungi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Abdul Ghani Shamsuddin berkata walaupun 'larangan' tersebut belum dikuatkuasakan, tetapi pemimpin PAS negeri sedang menimbang cadangan tersebut.

"Kita sedang menimbangkan idea (larangan) kerana merasa perlunya diambil pendekatan yang berlainan. Ini adalah biasa kerana kita sentiasa mahu memperbaiki lagi cara kami bekerja. Tetapi tiada keputusan muktamad yang dibuat. Ia bukannya satu isu," katanya.

Menurutnya, ahli-ahli parti akan diberi penjelasan terperinci mengena mengapa arahan seumpama itu perlu dikuatkuasakan.

Persepsi imej parti

Bagaimanapun, seorang ketua PAS dari Kelang mendakwa, Abdul Ghani mungkin tidak 'menyedari' mengenai 'larangan' tersebut. yang menurutnya bukan sesuatu yang baru, tteapi untuk "melaksanakan semula keputusan yang dibuat sebelum ini".

"Ia telah diputuskan lama dahulu apabila kita memikirkan cara-cara untuk memberi penjenamaan semula kepada imej parti. Ahli-ahli tidak seharusnya terperanjat," katanya sambil menambah, larangan terhadap penceramah berkenaan tidak membabitkan majlis bukan anjuran parti.

"Mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam majlis rasmi PAS. Itu sahaja. Mereka masih boleh memberi ceramah kepada ahli-ahli di majlis lain. Saya rasa ia bukan satu masalah," katanya.

Menurutnya, keputusan tersebut adalah sebahagian daripada usaha PAS Selangor ke arah mewujudkan satu persepsi yang positif terhadap parti, terutama di kalangan bukan Islam.

"Pemimpin PAS negeri percaya ada sesetengah penceramah yang tidak sesuai berceramah kepada rakyat Selangor kerana perkataan-perkataan yang digunakan dan juga imej mereka. Ada antara perkara yang mereka sentuh itu, tidak diseangi oleh bukan Islam.

"Tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh mengarah penceramah apa yang boleh dan tidak boleh mereka sentuh, kerana kita mempunyai kawalan terhadap ucapannya. Jadi cara terbaik ialah mengelak mereka ke majlis rasmi kita," katanya.

'Alasan tidak kuat'

Sementara itu, Zulkifli Nordin, ketika dihubungi, berharap PAS Selangor dapat memberi alasan yang munasabah sekiranya parti itu mahu mengenakan 'larangan' terhadap beliau dan pencemah lain.

"Parti berkenaan patut memperjelaskan kepada kita (mengenainya) dan menghormati hak kita untuk mempertahankan diri. Kami perlu diberi peluang untuk menjawab apa juga tuduhannya.

"Bagi saya, secara peribadi, yang berpendapat saya telah banyak menyumbang kepada PAS Selangor. Malah, saya turut bertanding dalam piliharanraya atas tiket parti itu di kawasan Kuala Langat," katanya.

Mengenai dakwaaan penggunaan perkataan tertentu ketika dia berceramah, Zulkifli berkata ia bukanlah satu alasan yang cukup kuat untuk melarangnya berceramah untuk parti berkenaan.

"Jikalah alasannya ialah perkataan-perkataan yang saya gunakan, maka saya rasa ramai lagi pemimpin PAS dari atas ke bawah yang patut juga dilarang berceramah," katanya.