Pemuda PAS-Umno kerjasama tangani gejala sosial
Buat pertama kalinya, Pemuda Umno, melalui Biro Anti-Dadah, akan bekerjasama dengan Pemuda PAS dalam usaha menangani gejala sosial yang kian menular di kalangan generasi muda.
Buat pertama kalinya, Pemuda Umno, melalui Biro Anti-Dadah, akan bekerjasama dengan Pemuda PAS dalam usaha menangani gejala sosial yang kian menular di kalangan generasi muda.
Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda pertama ini merupakan satu bentuk kerjasama yang perlu diiktiraf dan dicontohi tanpa mengambil kira soal politik.
"Apa salahnya kita bekerjasama dan bagi saya tiada halangan. Saya telah minta YB Idris (Haron) untuk menghubungi rakan sejawatannya dan semalam saya telah terima salinan surat yang dikemukakan kepada mereka," katanya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat Isu-isu Semasa Berkaitan Pelajaran Negara pada majlis penerangan isu-isu semasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Beliau berkata, kerjasama tersebut adalah berkaitan dengan jemputan Pemuda PAS kepada juara Akademi Fantasia 3 (AF3) Mawi (Asmawi Ani) dan Siti Nurhaliza Taruddin untuk mengadakan konsert di Kelantan.
Tiada belenggu politik
Katanya, kedua-dua artis tersebut bukan sahaja diminati golongan muda malahan mereka merupakan ikon generasi muda yang berpekerti mulia dan berbudi bahasa.
Menurut laporan Bernama, beliau juga berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan tanpa ada belenggu politik dalam usaha kerajaan membendung gejala sosial, khususnya di kalangan generasi muda.
Selain itu, Hishammuddin berkata semua sekolah di seluruh negara dikehendaki mengadakan sesi persekolahan pada hari Sabtu memandangkan cuti persekolahan akan bermula lima hari lebih awal daripada jadual asal.
Perubahan itu berlaku kerana sambutan Deepavali pada 1 November sementara Hari Raya Aidilfitri dijangka pada 3 November iaitu seminggu sebelum tarikh asal cuti persekolahan yang bermula pada 11 November bagi negeri yang hujung minggunya pada hari Jumaat dan Sabtu manakala 12
November bagi negeri lain.
Dengan perubahan ini, katanya cuti persekolahan bermula pada 1 November dan bermula pada Sabtu dari sekarang mereka boleh menggantikan hari cuti berkenaan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.