Tindakan beratus-ratus penduduk Islam selatan Thai menyeberangi sempadan Malaysia, telah mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan negeri-negeri di utara Semenanjung, akan berdepan dengan masalah pelarian berikutan keganasan yang berterusan di wilayah Thailand itu.

Pemimpin dan penduduk kampung di Kelantan yang menjadi destinasi 131 pelarian Islam dari selatan Thai yang kini ditahan oleh pihak berkuasa, berkata mereka percaya lebih ramai lagi akan menyeberangi sempadan untuk mencari perlindungan di sini.

"Saya percaya ramai lagi mereka yang kini hidup dalam ketakutan, akan lari ke Malaysia. Lagi pula masyarakat Islam di selatan Thai mempunyai talian kekeluargiaan dengan rakyat di Kelantan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tumpat, Mohamad Zaki Ibrahim.

"Ramai mereka yang tinggal di selatan Thai mempunyai saudara-mara di Tumpat. Saya rasa sudah ramai yang sudah lari dari keganasan dan kini menumpang bersama saudara-mara mereka," katanya kepada AFP.

Rantau Panjang pekan yang terletak di seberang Sungai Golok di mana beberapa siri letupan berlaku minggu lalu, yang mensasarkan sebuah tempat karaoke dan dua buah hotel telah terjejas dari segi pernigaan dan kedatangan pelancong.

Para peniaga dan pemandu teksi turut mengadu mengenai kekurangan aktiviti ekonomi berikutan kejadian letupan itu, yang mencederakan 15 orang, termasuk seorang pelancong Malaysia.

Peningkatan kejadian keganasan di wilayah selatan Thai yang majoriti penduduknya beragama Islam di mana sekurang-kurangnya 900 terbunuh sejak 20 bulan lalu juga dipercayai menyebabkan 131 penduduknya lari ke Malaysia.

Aduan diskriminasi

Ketibaan mereka, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak, telah mengingatkan kembali krisis pelarian di Malaysia, apabila ia dibanjiri pelarian Vietnam pada pertengahan 1970-an.

"Jika wilayah selatan itu tidak kembali aman, lebih ramai penduduk Islam akan lari ke Malaysia, seperti kedatangan pelarian Vietnam dahulu," kata Mohamad Zaki.

Kumpulan 131 penduduk Islam Thailan ditu dilaporkan berkata, mereka bimbangkan keselamatan diri mereka sejak kerajaan menguatkuasakan perintah darurat Julai lalu. Mereka juga mengesyaki kejadian seorang guru agama tempatan ditembak mati, dilakukan oleh pihak keselamatan sendiri.

Penguatkuasaan perintah berkurung itu yang dikecam oleh badan-badan hak asasi manusia, bertujuan untuk membanteras keganasan yang membabitkan puak pemisah, kumpulan penjenayh dan penyeludupan dadah.

Majoriti rakyat Thailand penganut agama buddha, tetapi penduduk lima wilayah selatan negara itu tempat tercetusnya keganasan tersebut yang beragama Islam, telah sejak sekian lama mengadu, mereka didiskriminasikan oleh pihak kerajaan, seolah-olah mereka tidak setaraf dengan warganegara Thailand yang lain.

Minggu lalu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar menggesa kerajaan Thailand supaya memulihkan keyakinan dan keselamatan penduduk di wilayah selatan suatu ulasan yang dianggap 'luar biasa' antara dua negara jiran yang kebiasaannya enggan mengulas hal-hal dalaman masing-masing.

"Kita bimbang kerana kita mahu melihat kebanjiran pelarian ke negara kita. Adalah sukar untuk kita menanganinya," katanya.

"Saya rasa adalah menjadi tanggungjawab pihak Thailand untuk mengatasi ketakutan, sama ada benar atau satu anggapan, dalam masyarakat Thailand, supaya mereka tidak larti ke sini," katanya.

'Kita akan bantu mereka'

Syed Mahazar, 38, seorang pemimpin beliau dari Gual Tok Deh, sebuah perkampungan nelayan dekat Sungai Golok, berkata lebih ramai akan lari ke Malaysia jika keganasan masih berterusan.

"Jika banyak lagi berlaku letupan, lebih ramai penduduk Islam Thai akan lari ke sini," katanya, sambil menambah, jika ianya berlaku, penduduk di situ sudah bersedia untuk membantu mereka kerana mereka seagama dan mengamalkan budaya dan bahasa yang sama.

"Kita orang Islam, jadi kami akan membantu mereka," katanya.

Sambil menuding ke arah Sungai Golok yang menjadi sempadan antara kedua buah negara, Syed Mahazar berkata, pelarian mudah menyeberang ke Malaysia tanpa dikesan dan kemudiannya bercamur gaul dengan masyarakat tempatan.

Apa yang jelas, pergolakan di selatan Thai itu teruk menjejaskan aktiviti ekonomi di kedua-dua belah sempadan. Wan Ding, seorang pemandu berusia 23 tahun berkata, pelancong Malaysia kini takut hendak ke Sungai Golok, tempat dia dan keluarganya tinggal.

"Saya percaya perniagaan saya akan terus dingin untuk sekurang-kurangnya dua minggu lagi," katanya ketika berbaris panjang untuk memberi petrol yang lebih murah di sini, untuk kenderaannya.

Bagaimanapun, Zainur Abdullah, 42, yang menjalankan perniagaan menjual buah-buahan di pejabat imigresen Rantau Panjang, meneruskan perniagaannya seperti biasa,

"Saya tinggal di Malaysia tetapi setiap pagi saya ke Sungai Golok untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan untuk perniagaan saya. Walaupun takut, saya tidak mempunyai pilihan," katanya.

- AFP