Kontrak sosial adalah proses dua hala, kata ahli akademik
Terjemahan Selalunya mengikut musim kebiasaannya ketika pemilihan parti diadakan isu mengenai kontrak sosial akan dibangkitkan diikuti dengan kenyataan keras dan ada masanya keris dihunuskan atau rujukan tidak langsung kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Terjemahan Selalunya mengikut musim kebiasaannya ketika pemilihan parti diadakan isu mengenai kontrak sosial akan dibangkitkan diikuti dengan kenyataan keras dan ada masanya keris dihunuskan atau rujukan tidak langsung kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Tetapi apakah sebenarnya kontrak sosial itu? Dalam wawancara dengan malaysiakini baru-baru ini, tiga ahli akademik menjelaskan mengenai kontrak sosial ini dari aspek sejarah dan isi kandungan pentig sertai implikasinya.
Menurut politik dan seorang profesor Sosial Antropologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shamsul Amri Baharuddin, kontrak sosial itu merupakan kemuncak kepada 'usaha dan dialog selama beberapa tahun' untuk mencapai kata sepakat mengenai bentuk dan masa depan Malaysia yang merdeka.
Ketibaan tenaga buruh India dan Cina serta para peniaga, ketika zaman pemerintahan British, telah mengubahkan wajah Malaya, daripada majoriti penduduknya berbangsa Melayu, kepada sebuah masyarakat yang merangkumi jumlah ramai kaum India dan Cina.
Katanya, penguasaan kaum mendatang ini dalam beberapa bidang ekonomi, juga telah membawa kepada kewujudan sebuah ekonomi yang ditakrifkan mengikut kaum satu masalah yang kemudiannya mahu ditangani melalu pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1970-1990).
Bagi memastikan konflik mengenai kepentingan kaum berlaku pada masa depan, dirundingkan secara baik dan juta untuk meneruskan kepentingan politik dan ekonomi British di bekas tanah jajahannya, maka parti-parti politik ditubuhkan untuk kaum Cina, India dan India.
Kemuncak rundingan
Para pemimpin parti-parti politik ini menjadi broker yang mewakili masyarakat masing-masing dengan pihak British. Dan struktur politik ini kekal menjadi struktur utama politik hari ini, kata Shamsul.
Kemucak kepada rundingan membabitkan kepentingan parti-parti politik utama yang mewakili tiga kaum utama negara ini, telah menghasilkan kontrak sosial yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara.
"Perlembagaan Negara itulah kontrak sosial. Kontrak sosial itu wujud dalam bentuk perlembagaan, dan hasil kepada rundingan supaya ia mewakili kepentingan semua kaum," katanya.
Hasilnya? Kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin (dalam perlembagaan) manakala kaum pendatang diberi kerakyatan negara ini.
Pengulas politik, Dr Chandra Muzaffar, bagaimanapun, menegaskan bahawa pengiktirafan dalam perlembagaan mengenai hak istimewa orang Melayu dan kaum asli, pada hakikatnya, adalah satu pengiktirafan terhadap mereka sebagai penduduk asal Malaya sebelum penjajahan British.
"Perlembagaan juga mengiktiraf Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi, dan sistem pemerintahan beraja (Melayu)," katanya sepertimana yang dilaporkan baru-baru ini.
Katanya, ia juga merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap sejarah pemerintahan Melayu sebelum era penjajahan dan pengiktirafan terhadap sistem politik yang telah sedia ada.
Chandra juga menyentuh tentang pengiktirafan terhadap kemunduran pendidikan dan ekonomi akibat daripada dasar-dasar penjajahan British yang memerlukan peruntukan dalam perlembagaan berhubung penyediaan kouta bagi bumiputera dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam dan pemberian permit.
Bukan bumi dilindungi
Bagaimanapun, menurut ahli exco Yayasan Tamil, S Nagarajan, isu mengenai kontrak sosial ini sering dibangkitkan apabila ahli-ahli sesebuah parti politik terbabit, bagi mengingatkan satu sama lain mengenai persetujuan tersebut.
Katanya, setiapkali ia dibangkitkan, ia disesuaikan dengan agenda sesebuah parti terbabit, menyebabkan skopnya hanya dihadkan kepada isu hak keistimewaan semata-mata
Sambil menyokong pendapat tersebut, Pengarah Eksekutif Yayasan Strate
gi Sosial, Dr Denison Jayasooria menjelaskan, apa yang sering ketinggalan dalam debat mengenai kontrak sosial ialah apakah yang dimaksudkan sebagai hak-hak kewarganegaraan itu.
"Sosial kontrak adalah proses dua hala. Sebahagian daripada kontrak itu merupakan penegasan mengenai kedudukan, hak dan tanggungjawab masyarakat bumiputera," katanya.
"Pada masa yang sama, kontrak sosial, perlembagaan melindungi kepentingan bukan bumiputera dalam bidang-bidang seperti bahasa ibunda, budaya, agama, peluang pendapatan, hak kerakyatan, hak bertanding dalam pilihanraya, dan seterusnya.
"Sebagaimana hak, tugas dan peluang kepada orang Melayu di negara ini, begitu jugalah untuk bukan bumiputera mengenai hak, tanggungjawab dan peluang. Ini bermakna kedudukan bukan bumiputera turut dijamin dan dilindungi.
Dilema kaum India
Antara intipati utama kontrak sosial itu ialah mengenai Artikel 153 (7) perlembagaan yang menjamin hak istimewa orang Melayu, tetapi pada masa yang sama, tidak menidakkan hak-hak kaum lain.
Sehubungan itu, banyak pertubuhan akar umbi yang menggesa supaya kuota dan kemudahan lain turut diberikan kepada masyarakat India Malaysia serta diberikan kemudahan perumahan, kemudahan latihan dan penyertaan dalam industri-industri negara.
Bagaimanapun, mengikut Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Pengguna Malaysia, pengiktirafan asas kaum India sebagai warganegara juga masih belum dicapa.
Ini dapat dilihat daripada kejadian di mana beribu-ribu kaum India yang tidak memilik surat beranak atau dokumen perkahwinan, telah mengakibatkan mereka hidup terpinggir, kata Setiausaha Agungnya, T Indrani.

