Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
JASA dapat tambahan peruntukan 31 peratus tahun depan
Diterbitkan:  Oct 28, 2017 8:23 AM
Dikemaskini: 1:45 AM

BAJET 2018 | Sayap propaganda Putrajaya, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) memperolehi 31.1 peratus tambahan peruntukan di bawah Bajet 2018, ketika kerajaan bersiap siaga menjelang pilihan raya umum yang penting tahun depan.

JASA akan diperuntukkan RM30 juta tahun depan, berbanding RM22.9 juta pada tahun 2017.

Ini adalah sebahagian daripada tambahan kepada belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk tahun depan.

Selain JASA, peruntukan untuk komunikasi strategik kementerian itu meningkat RM3.9 juta kepada RM12.4 juta bagi 2018.

Ketika peruntukan untuk JASA dan komunikasi strategik telah dinaikkan, peruntukan bagi agensi berita nasional, Bernama, dipotong daripada RM60.8 juta pada 2017 kepada RM46 juta pada 2018.

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 662.7 peratus kenaikan dalam peruntukannya, , daripada RM48.6 juta tahun ini kepada RM370.7 juta pada 2018, yang bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-14.

Mandat bagi kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berakhir pada bulan Jun tahun depan, dan selepas itu pentadbirannya akan menjadi kerajaan sementara.

Pilihan raya mesti diadakan pada bulan Ogos, 2018.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS