M'sia bertanggungjawab lindungi pelarian Islam Thai
Terjemahan Malaysia menegaskan, negara ini selaku Pengerusi Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi umat Islam, selepas 131 penduduk Islam Thailand lari ke negara ini berikutan kejadian keganasan di kampung halaman mereka.
Terjemahan Malaysia menegaskan, negara ini selaku Pengerusi Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi umat Islam, selepas 131 penduduk Islam Thailand lari ke negara ini berikutan kejadian keganasan di kampung halaman mereka.
"Malaysia adalah pengerusi OIC. Salah satu tugas OIC ialah untuk memberi jaminan status dan keselamatan umat minoriti Islam di negara-negara bukan Islam," kata Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
"Apa juga yang berlaku di selatan Thai mempunyai kesannya terhadap kita," katanya dalam satu sidang akhbar.
"Pastinya kita akan berdiam diri. Sebagai negara sahabat dan rakan dalam Asean, tentulah kita akan menyuarakan pandangan kita tanpa campurtangan dalam hal dalaman Thailand," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Thai, Thaksin Shinawatra berkata, kedua-dua negara berjiran ini sedang bekerjasama rapat untuk mengelakkan pergolakan di selatan Thai menjadi 'isu politik'.
Syed Hamid berkata, Malaysia tidak akan campurtangan dalam urusan dalaman Thailand, tetapi ia juga menggesa negara itu supaya 'sensitif terhadap negara-negara jirannya'.
Apabila ditanya sama ada terdapat bukti bahawa kumpulan pemisah Thai cuba mendapatkan sokongan dari pihak Malaysia untuk 'mengantarabangsakan' perjuangan mereka, Syed Hamid berkata: "Tidak ada bukti-bukti seumpama itu".
"Kita tidak pernah menyokong puak pemisah dari Thailand. Kita tidak pernah memberi mereka wang ataupun memberi perlindungan kepada mereka," katanya sambil menambah, pihak keselamatan Malaysia telahpun meningkatkan kawalan di kawasan sempadan.
Perlindungan sementara
Minggu lalu, penduduk Islam Thai yang menyeberangi sempadan tanpa dokumen perjalanan yang sah, berkata mereka meninggalkan kampung halaman selepas ketibaan pasukan tentera.
Mereka kini menumpang dengan penduduk Islam tempatan sementara siasatan dijalankan untuk menentukan status mereka dan alasan mereka lari ke sini, tetapi bimbang kampung mereka akan dibanjiri ramai lagi pelarian dari selatan Thailand.
Hampir 900 orang terbunuh di wilayah selatan Thailand sepanjang tempoh 20 bulan lalu yang majoriti penduduknya beragama Islam.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.