Terjemahan Para pemimpin Islam di Malaysia menggesa Thailand supaya menggugurkan pendirian terlalu kerasnya dalam menangani masalah keganasan di wilayah selatan Thai yang sedang bergolak sekarang.

Daripada bertindak balas dengan kekerasan, mereka berpendapat, Perdana Menteri Thai, Thaksin Shinawatra sepatutnya berusaha membina kepercayaan dengan penduduk Islam di wilayah berkenaan yang kini dilanda keganasan.

"Sebagai negara jiran, kami berharap, Kuala Lumpur akan memainkan peranannya untuk mencari penyelesaian secara aman bagi menamatkan krisis," kata Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Husam, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan, yang kini menjadi tumpuan pelarian Islam Thai yang membimbangkan keselamatan mereka, berkata, strategi kerajaan (Thai) untuk memerangi puak pemisah itu perlu dikaji semula.

"Kami berharap kerajaan Thailand tidak mengambil pendekatan yang keras," katanya kepada APF, sambil memberi amaran mengenai berlaku kebanjiran pelarian Islam ke sini sekiranya Thailand tidak mengubah taktiknya.

Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, telah kecam oleh pemimpin kerajaan Thailand kerana mengkritik dasar-dasarnya di wilayah selatan, termasuk mengisytiharkan darurat yang memberi kuasa penuh kepada pihak berkuasa.

Minggu lalu, seramai 131 penduduk Islam Thai telah lari ke Kelantan kerana bimbangkan keselamatan berikutan keganasan yang berlaku di kampung halaman mereka.

"Saya merayu kepada rakyat Kelantan, jika adalah saudara Islam yang datang, berilah mereka minuman dan makanan," kata Nik Aziz kepada AFP.

"Mereka adalah jiran kita dan mereka juga seagama dengan kita, selain kita berkongsi budaya dan asal usul yang sama dengan mereka," kata Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Penduduk Islam Thai bercakap loghat bahasa Melayu dan mengadu yang mereka dilayan seperti rakyat kelas dua di negara mereka sendiri sentimen yang mencetuskan perjuangan puak pemisah di wilayah tersebut.

Tarik balik perintah darurat

Para analisa dan pihak berkuasa Thai berkata pergolakan di wilayah terbabit dilakukan oleh puak pejuang pemisah, kempulan penjenayah dan pengedar dadah.

Seorang pendakwah Malaysia, Abdul Halim Ramli menggesa Thaksin supaya menarik keluar kehadiran anggota tentera dan menarik balik perintah darurat, bagi mengembalikan keamanan di wilayah tersebut.

"Ini adalah salah satu faktor yang mencetuskan kemarahan penduduk Islam. Selaku berlaku ketidakadilan dan pembunuhan pemimpin agama Islam, saya tidak rasa keamanan akan pulih di sana," tambahnya.

Beliau juga menggesa umat Islam di sana supaya mencari penyelesaian melalui meja rundingan dan bukannya beralih kepada kekerasan.

"Kerajaan Thai disokong oleh pasukan tentera yang kuat...terimalah hakikat ini," katanya.

Ketua Kampung Pecah di Tanah Merah, Nik Mahmood tempat 131 pelarian Islam Thai itu ditahan juga berkata Thaksin patut menarik keluar pasukan tentera di sana.

"Pihak kerajaan mesti terlebih tahulu menenangkan keadaan dengan mewujudkan suasana yang sesuai untuk mengadakan rundingan," katanya.

- AFP