Latihan senjatapi dijalankan di kem PLKN
Terjemahan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini menjadi sasaran terbaru apabila pelatihnya telah memperkenalkan secara diam-diam latihan menggunakan senjatapi di enam daripada 76 kem tersebut sejak sebulan lalu.
Terjemahan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini menjadi sasaran terbaru apabila pelatihnya telah memperkenalkan secara diam-diam latihan menggunakan senjatapi di enam daripada 76 kem tersebut sejak sebulan lalu.
Ketika dihubungi, Ketua Pengarah PLKN, Kamaruddin Mohd Baria mengesahkan yang latihan senjatapi dijalankan di peringkat percubaan.
Perkara tersebut didedahkan oleh Joseph Wang Ai Chnua, penyelaras kebangsaan bagi lapan pertubuhan utama belia Cina, yang mengatakan latihan tersebut akan diperkenalkan di seluruh kem PLKN tahun depan jika tidak ada sebarang masalah.
"Jika Kementerian Pertahanan boleh menyediakan peruntukan kewanagan dan di segi aspek keselamatannya, saya tidak membantah jika latihan senjatapi itu dijalankan.
"Ini boleh mendedahkan para peserta kepada pengalaman tersebut dan memboleh mereka memahami aspek operasi dan teori senjatapi," katanya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan, yang merupakan anggota jawatankuasa terpilih untuk perpaduan dan khidmatan negara, berkata beliau tidak tahu menahu mengenai pelaksanaan latihan tersebut.
"Setakat yang saya tahu, tiada seorangpun anggota jawatankuasa tersebut dimaklumkan mengenainya. Ia hanya dibangkitkan sebagai satu cadangan, dan terdapat banyak maklumbalas negatif mengenainya," katanya ketika dihubungi.
"Adakah perlu bagi remaja berusia 18 tahun mengendalikan senjatapi?" soalnya.
Bangkitkan di Parlimen
Menurutnya, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan yang program latihan tersebut adalah bertujuan untuk menyemai semangat patriotik di jiwa para pelatih di samping mengeratkan lagi perpaduan nasional dan meningkatkan disiplin diri.
"Pihak kerajaan sentiasa menegaskan bahawa khidmat negara ini bulanlah satu program latihan ketenteraan," katanya.
Dilaksanakan secara senyap
Fong turut mengkritik jabatan latihan khidmat negara kerana menjalankan latihan senjatapi itu secara diam-diam.
"Saya melihatnya sebagai atu isu yang serius. Ia dijalankan secara diam-diam, tanpa memaklumkannya langsung kepada ahli parlimen yang menganggotai jawatankuasa terpilih itu," katanya.
Katanya, beliau akan membangkitkan isu tersebut dalam sidang Parlimen akan datang di samping memaklumkannya kepada pengerusi jawatankuasa terpilih itu, Datuk Maximus Ongkili. Maximus adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Fong berkata, perkara itu akan membimbangkan para ibubapa, lebih-lebih lagi apabila pandangan orang ramai tidak diambilkira berhubung perkara tersebut.
Ahli Parlimen yang turut menganggotai jawatankuasa tersebut ialah Dr Tan Kee Kwong (BN), Salahuddin Ayub (PAS) dan Loh Seng Kok (BN).
Ketika dihubungi, Tan yang kini berada di Britain, juga berkata yang beliau tidak dimaklumkan yang pelatih PLKN diberi latihan senjatapi.
Loh dan Salahudin tidak dapat dihubungi, manakala Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye kini berada di luar negeri.
Program tersebut dilancarkan pada tahun 2003 untuk memberi latihan khidmat negara kepada 85,000 rekrut yang berusia 17 tahun. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan dan menjalani latihan itu selam atiga bulan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.