UNHCR diminta jangan campuri kes pelarian Islam Thailand
Terjemahan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Surakiart Sathirathai menggesa Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) supaya jangan mencampuri kes 131 penduduk Islam Thai yang lari ke Malaysia berikutan berlakunya keganasan di wilayah selatan negara itu.
Terjemahan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Surakiart Sathirathai menggesa Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) supaya jangan mencampuri kes 131 penduduk Islam Thai yang lari ke Malaysia berikutan berlakunya keganasan di wilayah selatan negara itu.
"Mereka bukanlah pelarian, dan oleh itu, ia tidak perlukan pembabitan UNHCR," katanya kepada pemberita.
"Ini kes kemasukan secara haram. Ramai yang pergi balik melalui sempadan...kebetulan jumlahnya kali ini adalah ramai," katanya sebelum menghadiri mesyuarat khas kabinet Thailand.
Semalam, UNHCR berkata, pihaknya akan menghabiskan masa tiga hari menemui 131 penduduk Islam terbabit di tempat perlindungan mereka di Kelantan selepas melarikan diri berikutan tercetusnya keganasan di wilayah selatan Thailand.
Malaysia, yang majoriti rakyatnya beragama Islam, telah menyediakan tempat perlindungan kepada mereka sementara menunggu selesai siasatan mengenai status dan sebab mereka menyeberang masuk ke Malaysia.
Surakiart, yang kini berkempen untuk jawatan setiausaha agung PBB, berkata, pegawai konsol Thai akan menemui mereka untuk menyelesaikan itu tersebut.
Selepas pihak berkuasa Malaysia selesai menjalankan siasatan, Surakiart berkata, beliau menjangka kesemua 131 penduduk Islam tersebut akan dihantar pulang.
Isu dalam negeri
Menteri Kehakiman Thailand, Chidchai Vanasathidya pula menuduh puak pemisah Islam memperalatkan pelarian tersebut untuk kepentingan perjuangan mereka.
"Puak militan ini hanya mahu menaikkan status mereka...Isu ini sebenarnya adalah satu isu dalaman," katanya.
Minggu lalu, Perdana Menteri Thaksin Shinawatra mendakwa para militan tersebut di kalangan pelarian tersebut mahu 'mengantarabangsakan' isu di selatan wilayahnya dengan lari ke Malaysia.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.