Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penceramah agama kontroversi Zakir Naik yang disiasat di India atas dakwaan menghasut berkenaan kegiatan keganasan dan pengubahan wang haram kini berada di bawah pemerhatian kerajaan Malaysia.

“Kerajaan sentiasa memantau aktiviti Zakir di negara ini dan tindakan akan diambil sekiranya dia didapati terlibat dengan kegiatan keganasan,”kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

“Kerajaan belum menerima apa-apa permintaan rasmi daripada India berkenaan dakwaan keganasan,” katanya.

“Pemberian status MyPR (pemastautin tetap) kepada Zakir oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilakukan mengikut prosedur – berdasarkan permit masuk oleh Jabatan Imigresen,” katanya.

Zakir tidak memohon status warganegara, katanya.

Menteri Dalam Negeri itu juga menambah bahawa kerajaan tidak memberikan layanan istimewa kepada Zakir seperti yang didakwa pihak tertentu.

Zahid berkata demikian melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Teresa Kok (DAP Seputeh) yang mempersoalkan sama ada kerajaan memberi layanan istimewa kepada Zakir.

“Apakah rasional kerajaan Malaysia memberikan layanan istimewa kepada beliau (Zakir) manakala beliau telah melarikan diri daripada siasatan polis atau dakwaan keganasan di India,” kata Teresa.

[Berita penuh]

Lihat Komen
ADS