Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS terus desak Ambiga jelaskan tuduhan RM90 juta
Diterbitkan:  Oct 31, 2017 9:51 PM
Dikemaskini: 1:56 PM

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hari ini menggesa peguam Ambiga Sreenevasan mendedahkan apa sebenarnya yang beliau beritahu kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

Gesaan itu dibuat sehari selepas naib presiden PAS Idris Ahmad membuat gesaan sama dan permohonan maaf daripada Ambiga.

Rewcastle-Browm, dalam satu kenyataan pembelaan menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyaman Rewcastle-Brown yang berada di United Kingdom atas tuduhan yang dilemparkan itu.

Dalam kenyataannya, Rewcastle-Brown turut mendakwa saman Hadi bertujuan melindungi Najib.

Takiyuddin menambah, PAS mengambil serius kandungan kenyataan pembelaan Rewcastle-Brown itu.

“PAS menggesa Ambiga merespons dakwaan editor Sarawak Report tersebut bagi memberikan gambaran yang sebenar,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan hari ini.

“Presiden PAS menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan tersebut dan telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan yang sewajarnya di mahkamah.

Ambiga bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

[Berita asal]

Lihat Komen
ADS