DAP: Filem Bukit Kepong beri mesej salah mengenai Merdeka
Terjemahan DAP Pulau Pinang menggesa RTM supaya memberhentikan tayangan filem Bukit Kepong sempena sambutan Hari Kemerdekaan kerana ia mengandungi unsur-unsur perkauman yang boleh membangkitkan rasa kebencian orang Melayu kepada kaum Cina.
Terjemahan DAP Pulau Pinang menggesa RTM supaya memberhentikan tayangan filem Bukit Kepong sempena sambutan Hari Kemerdekaan kerana ia mengandungi unsur-unsur perkauman yang boleh membangkitkan rasa kebencian orang Melayu kepada kaum Cina.
Filem tersebut, kata Setiausaha Organisasi DAP negeri itu, Danny Law, tidak memperomosikan semangat patriotik terhadap negara dan oleh itu, lebih baik ia tidak ditayangkan bagi mengelak berlakunya ketegangan kaum.
Filem Bukit Kepong telah ditayangkan di RTM 1 sempena sambutan Hari Kemerdekaan sejak beberapa tahun yang lalu.
Jalan ceritanya adalah mengenai sebuah perkampungan Melayu yang diserang oleh anggota bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM).
Anggota PKM dalam filem tersebut lengkah berpakaian seragam pasukan tersebut, bersama topi bergambarkan bintang merah lambang Pati Komunis China. Mereka berjaya menawan kampung tersebut selepas membunuh penduduk Melayu, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Filem tersebut telah ditayangkan pada slot tengah malam antara jam 11.30 malam 28 Ogos hingga 1.30 pagi 29 Ogos lalu.
Law berkata, dialog dalam filem tersebut juga berbau berkauman, yang menurutnya, tidak sesuai ditayangkan sempena Hari Kemerdekaan yang disambut dengan tujuan untuk menyemai semangat patriotik di kalangan rakyat.
Tiga sebab
Beliau memberi tiga sebab mengapa filem Bukit Kepong tidak sesuai ditayangkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
"Pertamanya, perjuangan untuk mencapai kemerdekaan adalah menentang British, bukan komunis. Kedua, PKM telah dibubarkan pada tahun 1988 melalui Perjanjian Damai Hatyai 1989, dan ketiganya, perjuangan bersenjata PKM pada mulanya adalah untuk mencapai kemerdekaan daripada British," jelasnya.
Beliau menyifatkan mesej daripada filem tersebut menjadi satu halangan ke arah membina agenda negara kerana ia membangkitkan semangat perkauman dalam negara ini yang berbilang kaum dan agama.
"Kita menggesa kerajaan supaya tidak lagi menayangkan filem Bukit Kepong atau filem-filem seumpamanya di stesen televisyen kerajaan.
"Sebaliknya, kerajaan patut menaja filem atau drama mengenai perjuangan ketiga-tiga bangsa utama Malaya, Cina dan India dalam perjuangan mencapai kemerdekaan kerana ini akan membantu mencapai keharmonian antara kaum dan mewujudkan perpaduan rakyat," tambahnya.
-----------------------------------------------------------------------------
ATHI VEERANGGAN is adalah wartawan sambilan malaysiakini di Pulau Pinang,

