Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Senarai serangan pernah berlaku di New York
Diterbitkan:  Nov 1, 2017 9:39 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Serangan di New York semalam, di mana seorang lelaki yang memandu trak pikap merempuh dan membunuh lapan orang dan mencederakan lebih daripada 12 yang lain, telah mengejutkan penduduk bandaraya tersebut.

Seorang suspek ditembak oleh polis dan ditahan selepas pihak berkuasa menyifatkannya sebagai satu insiden pengganas.

Berikut adalah beberapa serangan yang berlaku di New York dalam beberapa tahun kebelakangan ini:

2017: James Harris Jackson, lelaki kulit putih berusia 28 tahun, menikam Timothy Caughman, seorang Afrika-Amerika, beberapa kali dengan pedang pada bulan Mac. Caughman kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya dan Jackson memberitahu polis dia pergi ke bandar dari Maryland ke membunuh lelaki kulit hitam.

2016: Tiga butir bom meletup di kawasan New York, dua di kejiranan Chelsea di Manhattan dan satu di New Jersey, pada bulan September, mencederakan 31 orang. Bom yang belum meletup turut ditemui. Suspek, Ahmad Khan Rahimi dari New Jersey, ditangkap selepas berlalu tembak menembak dengan pihak polis. Rahimi, kini 29, yang dilahirkan di Afghanistan, dipengaruhi oleh bahan anti-Amerika yang dipercayai dihasilkan oleh kumpulan militan Islam al Qaeda, kata pendakwa raya.

2010: Times Square dikosongkan pada bulan Mei apabila bom kereta yang gagal meletup ditemui dalam sebuah kenderaan uniliti sukan. Faisal Shahzad, seorang militan yang dilatih Taliban, kemudian mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

2008: Seorang individu meletupkan bom paip kecil di hadapan stesen merekrut Angkatan Bersenjata AS di Times Square pada bulan Mac. Tiada kecederaan.

2001: Pada pagi 11 September, anggota al-Qaeda menerbangkan dua pesawat penumpang merempuh menara utara dan selatan bangunan World Trade Center. Serangan melibatkan pesawat ketiga yang jatuh merempuh Pentagon dan sebuah pesawat yang jatuh di Shanksville, Pennsylvania, membunuh 2,996 orang dan mencederakan lebih daripada 6,000 yang lain. Jumlah kematian termasuk kira-kira 2,600 orang yang berada di World Trade Center dan yang terkena runtuhan menara itu.

1997: Guru Palestin Ali Hassan Abu Kamal melepaskan tembakan ke atas dek pemerhatian Bangunan State Empire membunuh seorang dan mencederakan enam yang lain sebelum menembak dirinya sendiri.

1994: Imigran kelahiran Lebanon Rashid Baz menembak van pelajar Yahudi Ortodoks di Brooklyn Bridge, membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain.

1993: Militan meletupkan bom trak di bawah Menara Utara World Trade Centre pada bulan Februari, membunuh enam orang dan mencederakan lebih seribu orang.
[Baca berita penuh]

- Reuters

 

Lihat Komen
ADS