Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib kutuk serangan 'pengecut' di New York
Diterbitkan:  Nov 1, 2017 10:07 AM
Dikemaskini: 3:34 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan seorang pemandu trak merempuh laluan basikal dan pejalan kaki, menyebabkan lapan terbunuh dan lebih 12 cedera, di Lower Manhattan, New York, Selasa, sebagai serangan kejam dan pengecut terhadap orang awam.

“Ingatan dan doa saya untuk New York. Kehilangan nyawa tidak berdosa hari ini.

“Kami bersama berdiri teguh menentang serangan pengecut terhadap kemanusiaan,” kata perdana menteri menerusi akaun Twitter rasminya, hari ini.

Laporan media menyebut seorang lelaki berusia 29 tahun memandu trak disewa dan merempuh laluan basikal dan pejalan kaki sebelum bertembung dengan sebuah bas sekolah.

Pihak berkuasa menganggap tindakan lelaki itu sebagai serangan pengganas.

Selepas serangan itu, suspek dikatakan keluar dari kenderaan sambil memegang dua senapang iaitu senapang 'paintball’ dan senapang angin sebelum ditembak di perut oleh polis dan ditahan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS