Kerajaan Tganu jual ekuiti Jasa Marin untuk elak kerugian
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) mengesahkan telah menjual ekuiti dalam anak syarikatnya, Jasa Marin Sdn Bhd yang terbabit dengan industri penyewaan kapal carigali minyak bagi mengelak kemungkinan mengalami kerugiaan pada masa depan.
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) mengesahkan telah menjual ekuiti dalam anak syarikatnya, Jasa Marin Sdn Bhd yang terbabit dengan industri penyewaan kapal carigali minyak bagi mengelak kemungkinan mengalami kerugiaan pada masa depan.
Pengerusi Jasa Marin Sdn Bhd, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata, ekuiti tersebut dijual dijual dengan harga RM45 juta kepada sebuah syarikat membina kapal yang beroperasi di Terengganu.
Katanya, kerajaan negeri masih lagi memegang 40 peratus ekuiti Jasa Marin dan kesemua lebih 90 pekerja tidak akan dibuang.
"Kami tidak menjualnya kepada pemimpin Umno tempatan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak," katanya ketika dihubungi dari Kuala Terengganu hari ini.
Lamanweb MarangDaily mendakwa beberapa anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, termasuk Jasa Marin, yang menunjukkan prestasi yang baik, cuba dibolot oleh pemimpin Umno
Jasa Marin ditubuhkan kira-kira 40 tahun lalu dan beroperasi di Kemaman. Ia kini mempunyai sembilan kapal carigali dan mencatat keuntungan di antara RM20 dan RM30 juta setahun.
Selalu alami kerosakan
Bagaimanapun, katanya, keputusan menjual ekuiti Jasa Marin diambil berikutan kesemua sembilan kapal miliknya sudah usang dan tidak sesuai beroperasi kerana kerap mengalami kerosakan.
Malah, katanya, penyewa utama kapal carigali tersebut iaitu Petronas Carigali, sudah kurang berminat lagi untuk menyewanya kerana sering rosak.
"Usia kapal itu, masing-masing melebihi 20 tahun dan ini dianggap sudah tidak sesuai lagi untuk operasi mencarigali minyak di laut dalam," katanya.
Wan Zakaria berkata, kerajaan negeri sudah setuju ekuiti dalam anak syarikat PMINT tersebut dijual bagi mengelak sebarang kerugian pada masa depan.
Menurutnya, syarikat terbabit mempunyai pengalaman dan kakitangan yang berkemahiran dan terlatih dalam industri perkapalan dan penerajunya pernah berkhidmat dengan syarikat kapal utama negara.
Wan Zakaria berkata, kerajaan negeri tidak mampu membeli kapal carigali baru kerana harganya RM28 juta sebuah dan ini dianggap tinggi bagi sebuah agensi kerajaan negeri.
"Langkah menjual Jasa Marin amat tepat kerana dalam tempoh beberapa tahun lagi, semua kapal ini tidak dapat beroperasi dan akan menjadi besi buruk," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.