Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker cuba ketepikan saman berkaitan soalan 1MDB

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah memfailkan permohonan mengetepikan saman anggota parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian kerana tidak dapat bertanya soalan berkaitan 1MDB.

Perkara ini didedahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan hakim Datuk Kamaludin Md Said hari ini.

Hakim menetapkan tarikh 8 Januari ini bagi mendengar permohonan speaker.

Hee, anggota parlimen dua penggal PKR, memfailkan permohonan mencabar keputusan speaker tidak membenarkan soalan berkaitan 1MDB.

Pandikar berdepan kritikan pembangkang selepas menolak lebih 30 soalan berkaitan 1MDB dalam sesi terkini Dewan Rakyat.

Pandikar berhujah perkara itu tidak wajar dibawa ke mahkamah kerana Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan atau sebarang jawatankuasanya tidak boleh dipersoal di mahkamah.

Hee bagaimanapun berkata penolakan speaker itu menghalangnya dan wakil rakyat lain daripada menjalankan tanggungjawab bertanya soalan bagi pihak pengundi yang diwakilinya berkaitan 1MDB, sekali gus menafikan fungsi parlimen.

Hakim persekutuan Datuk Sallehuddin Md Ali mewakili Pandikar manakala Hee diwakili peguam Latheefa Koya yang juga pemimpin kanan PKR.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS