Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Zaid: Serangan ke atas Ambiga, Clare taktik alih perhatian
Diterbitkan:  Nov 1, 2017 6:18 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa serangan ke atas bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, adalah satu usaha atau taktik untuk mengalihkan perhatian.

"Ini kerana PAS kehilangan sokongan begitu cepat dan ini bukan apa yang ditawarkan oleh Umno dalam rancangan mereka untuk bekerjasama pada pilihan raya akan datang," katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau mengulas respon kepada Rewcastle-Brown yang menamakan Ambiga sebagai sumbernya berhubung artikel yang mendakwa PAS menerima kira-kira RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Editor yang berpangkalan di London itu berkata demikian dalam pemfailannya di mahkamah pada 11 Oktober berhubung saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ambiga enggan mengulas atas alasan bahawa ini membabitkan kes mahkamah yang sedang berlangsung, tetapi beberapa pemimpin PAS, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, mengasaknya supaya menjawap, termasuk mendedahkan sumbernya.

"Pertikaian undang-undang semasa di UK adalah antara Rewcastle-Brown dan Hadi Awang.

"Jika kamu tidak tahu ini, kamu akan berfikiran ini adalah Clare dan Ambiga lawan Abdul Rahman dan blogger Umno, berdasarkan berita di internet," kata Zaid.

"Apa kepentingan Umno dalam kes ini?" soalnya menunjuk kepada serangan berterusan Abdul Rahman dalam isu itu yang menurutnya adalah "pelik".

Zaid juga berkata, Ambiga bukannya satu-satu individu yang telah dimaklumkan tentang kekayaan pemimpin PAS.

"Saya juga ada kawan-kawan yang menunjukkan saya gambar-gambar...," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS