Polis siasat kenyataan Ronnie jika berunsur hasutan
Polis hanya akan membuat siasatan terhadap kenyataan pemimpin DAP Ronnie Liu, yang mendakwa pemimpin Umno terdahulu bukan pejuang kemerdekaan sebenar, sekiranya ianya berunsur hasutan dan jika terdapat laporan dibuat.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Noh Omar berkata setakat ini, beliau tidak tahu sama ada terdapat laporan polis dibuat mengenai kenyataan itu.
Ketika diminta mengulas sama ada tindakan mengikut Akta Hasutan boleh diambil terhadap Liu, beliau berkata kenyataan pemimpin DAP itu perlu dilihat sama ada ianya dari segi politik ataupun tidak dan juga kesannya kepada masyarakat akar umbi.
Beliau berkata, kenyataan itu tidak sampai ke tahap boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menurut Bernama, Liu yang juga Setiausaha Biro Antarabangsa DAP, telah mendakwa dalam satu artikel bahawa pemimpin-pemimpin Umno terdahulu bukan pejuang sebenar kemerdekaan.
Malah dia turut mendakwa Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya yang diharamkan, turut menyumbang dalam usaha mendapatkan kemerdekaan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.