Paling Popular
Terkini

Permohonan peguam kanan Datuk VK Lingam untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada 26 September bahawa laporan perubatannya adalah palsu, ditetapkan untuk didengar di mahkamah tertinggi itu pada 6 November.

Lingam mendakwa bahawa keputusan itu berat sebelah atau berat sebelah yang nyata.

Dalam permohonan yang sama, beliau juga akan cuba membatalkan enam orang hakim daripada mendengar prosiding  menghina mahkamah terhadapnya yang dijadualkan didengar pada 8 November

Enam hakim Mahkamah Persekutuan itu adalah Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed, Datuk Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Lingam mengesahkan tarikh pendengaran dan menambah bahawa,alternatifnya, beliau akan memohon untuk penangguhan prosiding 8 November.

Pada 26 September, mahkamah tertinggi itu membuat keputusan bahawa laporan perubatan dari sebuah hospital Amerika Syarikat untuk menyokong kegagalan Lingam hadir di prosiding menghina mahkamah terhadapany, adalah palsu.

Laporan itu yang bertarikh 10 Mei tahun ini, menyebut bahawa Lingam, 66, tidak sihat untuk jangka masa perjalanan yang lama, termasuk dengan penerbangan, sususlan masalah sakit belakang dan tulang pinggul.

Dapatan fakta oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Suriyadi itn berikutan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu mahakamah itu bahawa Lingam telah memperbaharui pasportnya di London pada 14 Jun tahun ini - sebulan selepas laporan perubatan dikeluarkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS