Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Tiada apa yang dapat menghentikan tindakan panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) daripada melawat tempat kejadian di mana pastor Raymond Koh dikatakan diculik, kata Pengerusi Suhakam Datuk Mah Weng Kwai hari ini.

Mah berkata demikian selepas pemerhati polis menolak permintaan daripada peguam keluarga Koh agar Supari Mohammad yang merupakan pegawai utama yang menyiasat penculikan Koh menghasilkan lakaran tempat kejadian.

"Saya boleh pergi ke tempat kejadian dengan rakan-rakan saya, cari rumah nombor 19, nombor 72, lihat di jalan raya, kita akan cari tempat itu," kata Mah merujuk dua buah rumah yang terletak di Jalan SS4B / 10 di mana Koh telah diculik oleh kumpulan lelaki bertopeng pada 13 Februari.

Inkuiri sebelum ini diberitahu bahawa polis telah mendapatkan rakaman CCTV daripada kedua-dua buah rumah itu sebagai sebahagian daripada penyiasatan mereka atas kehilangan Koh.

Beliau juga mencadangkan pihak polis mengundang wakil Jabatan Peguam Negara untuk menghadiri sesi pendengaran di masa hadapan bagi menyelesaikan sebarang masalah berkaitan permohonan dokumen rahsia.

"Biarkan mereka (AGC) mengetahui apa sahaja isu yang dibangkitkan di sini dan mereka boleh segera memberi respons jika itu berlaku.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS