Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
HARAPAN: Isu Felda penting, tapi 1MDB lagi besar

Pemimpin Pakatan Harapan tetap menegaskan bahawa isu berkaitan 1MDB lebih besar.

Mereka bagaimanapun mengakui dakwaan skandal melibatkan Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures (FGV) Holdings Bhd tetap menjadi isu penting.

“Jumlah hutang 1MDB jauh melebihi FGV atau Felda,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Malah, tambahnya, Kkesan 1MDB kepada kewangan negara dalam setiap segi lebih serius berbanding FGV.

Ahli ekonomi terkemuka Prof Dr Jomo Kwame Sundaram kelmarin berkata skandal FGV lebih besar berbanding skandal yang menyelubungi 1MDB kerana ia memberi kesan kepada lebih banyak orang.

Bagaimanapun, pembangkang cenderung memberi tumpuan kepada 1MDB, katanya dalam forum

berkaitan masa depan Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-14 di ibu negara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS