Penafian semata-mata terhadap dakwaan memberikan RM90 juta kepada PAS tidak cukup dan perdana menteri sepatutnya mencelah dalam saman terhadap Sarawak Report, kata Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH).

Timbalan ketuanya Faiz Fadzil berkata Datuk Seri Naji Razak harus melantik peguam untuk memohon menjadi pencelah kerana namanya disebut dalam dokumen mahkamah serta menjadi pihak terkilan dan berkepentingan dalam kes itu.

“Penafian kosong di luar mahkamah ini tidak mempunyai apa-apa nilai kerana dakwaan-dakwaan Clare tersebut telah menjadi sebahagian daripada prosiding mahkamah,” kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu yang juga seorang pengamal undang-undang.

Najib kelmarin menafikan laporan Sarawak Report yang menuduhnya memberikan dana RM90 juta kepada PAS.

Beliau juga berkata saman Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang kepada Sarawak Report membuatkan pengarangnya Clare Rewcastle-Brown gelabah.

[Baca berita asal]