Projek hospital 'sakit', ini senarainya
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam mendedahkan beberapa projek pembangunan hospital “sakit”.
Ia merujuk kepada pembangunan yang lambat lebih daripada dua bulan atau 20 peratus daripada jadual ditetapkan dan apabila kontraktor gagal meningkatkan prestasi.
Subramaniam berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Pengkalan Chepa Izani Husin yang mahu tahu status hospital-hospital “sakit” di Malaysia.
Antara faktor penangguhan, kata menteri, kurang pekerja, perubahan susulan keadaan tapak, lemah strategi pengurusan pembangunan oleh kontraktor, kerja pembangunan tidak mengikut rancangan dan ketidakmampuan kontraktor dan subkontraktor.
Kementeriannya dan Menteri Kerja Raya yang melantik agensi teknikal, cuba menghantar peringatan dan surat amaran kepada pemaju, katanya.
Hospital-hospital yang dirujuk itu adalah:
1. Hospital Sri Aman
Kos setakat ini sebanyak RM221,590,255. Ia sepatutnya siap pada 25 Oktober 2018. Kini lambat 218 hari daripada yang dijadualkan.
2. Hospital Petrajaya
Bernilai RM500,000,000, ia dijadual selesai pada 30 Jun 2018. Sekarang 410 hari tertinggal di belakang jadual.
3. Hospital Rembau
Dianggarkan bernilai RM96,969,582.25 pada mulanya, ia kini sudah mencecah kos 93,940,744.35.
Ia sepatutnya siap pada 8 September 2016 tetapi kini dijangka mungkn siap pada 29 Disember 2017. Ia kini lewat 477 hari daripada jadual.
4. Hospital Bera, Pahang
Kos asalnya sebanyak RM88,000,000, tetapi kos sebenarnya RM86,481,087. Ia sepatutnya siap sebelum 9 Januari 2015 tetapi tertangguh ke 29 November 2016.
[Baca berita asal]

