Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Taufan, banjir di P Pinang tak terjangka, kata menteri

PARLIMEN | Tiada siapa menjangka Pulau Pinang akan dilanda banjir besar dan ribut "seperti tsunami", kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

"Apa yang berlaku di Pulau Pinang ini di luar dugaan. Bukan sahaja banjir, tetapi ribut taufan macam tsunami yang di luar dugaan," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Hujan lebat serta taufan yang dilaporkan berpunca daripada gangguan tropika 'Invest 95W' melanda Pulau Pinang hujung minggu lalu, menyebabkan banjir yang melumpuhkan sebahagian besar negeri itu.

Ia menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terpaksa meminta bantuan kerajaan persekutuan, dengan membuat panggilan telefon kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi awal pagi 5 November lalu.

"Kami meminta semua negeri memastikan kawasan hijau (dipelihara), kawasan lereng dan saliran (diuruskan dengan baik) ketika mereka meluluskan projek pembangunan," katanya Noh lagi.

Beberapa minggu sebelum itu, kerajaan negeri menerima pelbagai kecaman selepas tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan projek perumahan di Tanjung Bungah, yang meragut 11 nyawa.

Mengulas lanjut, Noh berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan sejumlah mangsa banjir selepas menerima 583 panggilan.

Namun, katanya lagi, beliau meresa kecewa kerana ada segelintir penduduk yang enggan berpindah.

"Saya dimaklumkan semalam oleh bomba, salah seorang yang terkorban tidak mahu meninggalkan rumah ketika diminta berbuat demikian.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS