Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lingam susah dapat peguam, pendengaran 14 November

Datuk VK Lingam telah menulis kepada Mahkamah Persekutuan bagi meminta penangguhan terhadap permohonan menyemak semula keputusan dan prosiding menghina mahkamah yang dijadualkan hari ini.

Peguam kanan itu memberi alasan sukar melantik peguam bagi mewakilinya.

Perkara ini dimaklumkan oleh peguam persekutuan Alice Loke yang mewakili Pejabat Peguam Negara dalam prosiding menghina mahkamah di hadapan lima panel hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abu Samah Nordin.

“Dia (Lingam) menulis surat bertarikh semalam memohon prosiding menghina mahkamah ditangguhkan sehingga permohonan semakannya didengar.

“Dia juga mohon penangguhan untuk prosiding semakan bagi membolehkankanya mendapatkan peguam,” kata Loke.

Loke juga berkata Lingam tidak hadir hari ini.

Susulan itu Loke memohon tarikh baru untuk pendengaran permohonan semakan dan prosiding menghina mahkamah.

“Jika boleh pendengaran semakan dan menghina mahkamah itu dibuat pada hari yang sama,” kata peguam kerajaan itu.

Abu Samah menetapkan tarikh 14 November untuk permohonan semakan dan pendengaran.

Hakim-hakim lain dalam panel itu termasuk Tan Sri Ramly Ali, Azahar Mohamed, Tan Sri Balia Datuk Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Lingam minggu lalu dilapor memfailkan semalam terhadap keputusan 26 September yang menolak sijil sakit yang dikemukakan kerana tidak hadir prosiding.

Panel hakim memutuskan dokumen itu sebagai palsu.

Lingam memberitahu Malaysiakini pada hari sama bahawa sijil sakit itu tidak dipalsukan.

Lihat Komen
ADS