BERITA

Zakir Naik tak galakkan keganasan, kata Zahid

Kow Gah Chie

Diterbitkan
Dikemaskini 8 Nov 2017, 11:58 tengahari

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik tidak mempromosikan sebarang keganasan, kata menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, kementerian itu telah meneliti semua ucapan yang dibuat pendakwah berkenaan.

"Kami di KDN telah meneliti semua video dan transkrip teks dari ucapan beliau, tidak ada satu pun (ucapan) menggalakkan kegananasan, tidak ada

"Interpretasi (tanggapan) itu adalah daripada tokoh tertentu di luar," katanya.

Berhubung dakwaan pembabitan Zakir dalam serangan pengganas di Dhaka India yang menyebabkan dia meninggalkan negara itu pada 2016, Zahid berkata ia juga merupakan suatu tanggapan.

"Peristiwa di Dhaka, itu adalah persepsi dari negara berkenaan

"Apa yang berlaku di sana bukan disebabkan motivasi atau provokasi oleh Dr Zakir Naik, (tapi) ada faktor-faktor lain," jelasnya.

[Baca berita penuh]

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.