Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya bercakap tentang Najib, bukan Jusuf Kalla, kata Dr M
Diterbitkan:  Nov 9, 2017 7:38 PM
Dikemaskini: 11:42 AM

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tuntutan Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla supaya beliau membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya mengenai isu “Bugis" yang didakwa dikaitkan dengan lanun..

“Saya tak cakap apa-apa kepada Jusuf Kala ataupun kepada semua orang Bugis.

“Saya cakap Bugis Najib (Razak) saja,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Semalam, Jusuf Kalla, yang sendiri adalah keturunan Bugis, berkata beliau terkejut dengan "kenyataan Bugis" Mahathir itu dan menuntutnya memohon maafnya.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan "anti-kleptokrasi" Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada 14 Oktoberlalu dilaporkan menggesa Najib supaya balik ke Sulawesi, tempat asal bagi mereka yang berketurunan Bugis, termasuk presiden Umno itu.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."

Berikutan bantahan dari pelbagai pihak, termasuk di Jakarta, Mahathir menjelaskan bahawa ucapannya ditujukan kepada Najib dan bukan seluruh masyarakat Bugis.

Dewan di-Raja Selangor juga melahirkan beranggapan kenytaan bekas perdana menteri itu amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan rasa benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

Mereka juga berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Mahathir.

Walau bagaimanapun, Mahathir berulang kali menafikan dakwaan itu, dan menegaskan bahawa beliau merujuk kepada Najib dan bukannya ada orang lain.

Sementara itu, Mahathir berkata beliau akan bekerjasama jika dia dipanggil oleh pihak polis untuk disoal-siasat.

“Ini dia (polis) punya kerjalah. Dia memang buka kertas. Kalau panggil, saya kena pergilah,” katanya.

Lihat Komen
ADS