Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ku Nan: Saya baik dengan semua, bukan pemaju tertentu saja

PARLIMEN | Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau baik dengan semua orang, bukan dengan pemaju tertentu sahaja.

Tengku Adnan berkata demikian di Dewan Rakyat semalam, selepas Teresa Kok (DAP-Seputeh) menegaskan bahawa bos sebuah syarikat pemaju yang dilancarkan pada 2011, adalah 'kawan baik' menteri itu.

Syarikat itu, kata Teresa, telah memperolehi kontrak untuk membangunkan beberapa projek perumahan mampu milik di bandaraya.

"Pemaju 18 blok apartmen itu, berjumlah 3,002 unit di Taman Desa, adalah XXX, kawan baik yang berhormat menteri," kata Teresa.

Tengku Adnan kemudian mencelah: Saya baik dengan semua orang. YB (Teresa) marah kerana saya pakai overhead bridge dia, dia letak LED dan tiap-tiap perayaan saya ucap 'Happy Chinese New Year', 'Merry Christmas' dan 'Happy Deepavali'.

"Itu sebabnya anda marah dengan saya, jangan marah dengan saya, saya baik dengan semua orang, dengan anda pun saya baik."

Menteri itu berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 untuk kementeriannya.

Kedua-dua Teresa dan Tengku Adnan berhujah mengenai perkembangan pesat di mana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang membina 80,000 unit rumah mampu milik, yang dikenali sebagai Rumawip, di bandaraya yang sudah pun berkepadatan tinggi.

Tengku Adnan telah bertemu dengan penduduk Taman Tun Dr Ismail, yang menyaman DBKL kerana pembinaan blok 29 tingkat perumahan mampu milik dan lapan blok pangsapuri mewah di kawasan seluas 4.86ha.

Bercakap lebih lanjut, Teresa secara berseloroh berkata: "Kalau YB begitu popular, tanding di kawasan Seputeh. Datang ke sana dan dengar sendiri apa yang orang cakap mengenai kementerian anda, anda dan DBKL."

Terdahulu, Teresa membidas DBKL kerana tidak meneruskan amalan sebelum ini, di mana sesi khas akan diatur antara pembangkang dan pegawai DBKL.

Beliau berkata menteri itu perlu meneruskan amalan DBKL untuk bertemu dengan penggubal undang-undang pembangkang mengenai projek pembangunan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS