Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis tak jelas bagaimana penculik paderi larikan diri

INKUIRI SUHAKAM l Inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dimaklumkan polis tidak berjaya mengesan rakaman CCTV mengenai laluan yang mungkin diambil oleh penculik Paderi Raymond Koh kerana bukan semua kamera di lokasi berkenaan berfungsi.

Pegawai Penyiasat Supari Mohammad, yang memberi keterangan hari ini, berkata polis hanya memperolehi rakaman CCTV dari dua buah rumah di Jalan SS4B / 10 di mana Koh diculik, serta satu lagi rakaman dari sebuah papan iklan di Taman Mayang, Petaling Jaya.

Supari berkata terdapat sekurang-kurangnya lima kamera di persimpangan Jalan Bahagia dan Jalan Majlis, yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan polis.

Ditanya mengapa polis tidak mendapatkan rakaman berkenaan, Supari berkata beliau telah menulis kepada MBPJ, tetapi diberitahu bahawa ada kamera yang tidak berfungsi, manakala kamera polis trafik hanya mencatatkan kesalahan lalulintas.

Walau bagaimanapun, beliau berkata dirinya tidak pasti bila peralatan itu rosak, tetapi mendakwa bahawa telah dimaklumkan oleh MBPJ bahawa kamera tersebut tidak berfungsi pada 13 Feb, iaitu hari penculikan.

Ditanya mengenai CCTV di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Supari berkata polis hanya mempunyai rakaman sebelum penculikan.

"Kami nampak tiga SUV dan dua sedan, sebuah Vios dan sebuah Honda. Rakaman itu sekitar jam 10.15 hingga 10.20 pagi."

Apabila ditanya oleh salah seorang peguam yang mewakili keluarga Koh sama ada beliau boleh membekalkan rakaman CCTV itu, Supari berkata beliau tidak dapat melakukannya kerana ia adalah sebahagian daripada siasatannya.

Bagi CCTV lain di sepanjang LDP, Supari mendakwa bahawa mereka semua rosak.

Supari berkata beliau telah menulis kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan diberitahu bahawa CCTV tidak berfungsi, apabila diminta membuktikan bahawa CCTV berkenaan memang rosak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS