Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno desak batal pendaftaran MAH
Diterbitkan:  Nov 14, 2017 6:37 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Pemimpin Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii hari ini mendesak kerajaan supaya membatalkan pendaftaran Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berhubung tindakan yang melarang pekerja wanita Islam yang bertudung daripada berkhidmat di kaunter hadapan.

Beliau merujuk kenyataan Pengerusi MAH, Cheah Swee Hee yang dilaporkan mempertahan tindakan operator hotel yang menetapkan dasar berkenaan atas alasan setiap hotel terutamanya hotel antarabangsa mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.

“Jangan bagi muka kepada Persatuan Hotel Malaysia yang menyokong hotel-hotel yang mendiskriminasi pekerja wanita Islam,” kata Razlan dalam satu kenyataan media petang ini.

Beliau berkata persatuan itu telah diberikan banyak keistimewaan tetapi tindakannya yang menyokong diskriminasi ke atas wanita Islam bertudung di tempat kerja adalah satu tindakan yang perlu dikaji di mana hala tujunya.

“Persatuan ini sepatutnya bertindak lebih terbuka untuk mengamit budaya Islam yang ada di Malaysia, majoriti rakyat di Malaysia adalah Islam dan sepatutnya hala tuju yang hendak dibawa adalah memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi perlancongan Islam.

“Tindaakan diskriminasi ini menunjukkan sikap yang anti kepada Islam dan kerajaan perlu mengkaji persatuan-persatuan yang anti Islam,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS