Wakil rakyat BN keluar DUN PP, bantah usul dipinda

   

Semua sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini bertindak keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sebagai tanda protes apabila kerajaan negeri meminda usul yang dikemuka wakil mereka.

Usul yang dicadang dan dibentangkan oleh Datuk Dr Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) itu antara lain meminta kerajaan negeri menghentikan semua pembangunan di lereng bukit dengan serta-merta sehingga pihak pemaju menyediakan pelan penyuraian air dan pengukuhan tanah, lapor Bernama.

Bagaimanapun, Datuk Mohd Rashid Hasnon (PKR-Pulau Jerejak) kemudiannya mencadangkan beberapa pindaan terhadap usul berkenaan termasuk kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berkerjasama untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama untuk menangani implikasi perubahan iklim.

Usul pindaan itu seterusnya mendapat sokongan daripada penyokong kerajaan negeri sebelum dibahaskan.

Muhamad Farid, yang tidak berpuas hati, kemudiannya bangun mempersoalkan tindakan kerajaan negeri meminda usul berkenaan dan tidak bersetuju usulnya itu dipinda.

Usul pindaan itu turut dibantah beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sehingga berlaku pertikaman lidah antara wakil rakyat BN dan penyokong kerajaan negeri selama 15 minit sebelum kesemua ADUN BN bertindak keluar dewan.

Usul itu kemudiannya dibahas dan diluluskan tanpa kehadiran wakil rakyat BN.

[Baca berita penuh]

 

 

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

VOIZ

Berita Terhangat