Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fitnah Syria Care: Mahkamah tolak rayuan Zamihan
Diterbitkan:  Nov 15, 2017 12:28 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam sebulat suara menolak rayuan penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendapati beliau bersalah membuat kenyataan fitnah terhadap Syria Care, dengan kos RM10,000.

NGO bantuan rakyat Syria yang dilanda perang itu menyaman Zamihan susulan kenyataannya di akhbar The Star pada 27 Jun lalu bertajuk Senseless jihad puts Malaysia as violence hub, says Home Ministry officer.

Laporan itu mengaitkan Syria Care secara langsung sebagai kumpulan kumpulan Syiah yang perlu dipantau oleh kerajaan.

Menurut Syria Care dalam kenyataannya di Facebook, Mahkamah Tingi Shah Alam dalam penghakimannya 21 April lalu antaranya berkata Zamihan adalah saksi tidak boleh dipercayai kerana keterangannya bercanggah dengan pliding difailkan.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakiman turut memutuskan Zamihan bersalah dan perlu membayar kos RM30,000 dan jumlah ganti rugi pula akan ditaksir pada tarikh yang lain.

Zamihan juga diberikan perintah sekatan dalam bentuk injunksi kekal yang menghalangnya bercakap, menerbitkan, menyebabkan atau membenarkan untuk diterbitkan kenyataan fitnah itu.

Beliau juga diperintahkan menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat kepada plaintif yang disiarkan dalam Star Online.

Penerbit The Star, Star Media Group Berhad telah menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat pada 17 Mei 2017.

Syria Care diwakili oleh tetuan Shukor & Associates.

Lihat Komen
ADS