Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kalimah Allah: Peguam beri sebab pengisytiharan mahkamah perlu

Peguam yang mewakili Jill Ireland hari ini menyebut mengenai tindakan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu sebuah gereja di Sabah sebagai alasan mengapa pengisytiharan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diperlukan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian.

Lim Heng Seng, yang mewakili Jill, menunjukkan laporan portal berita minggu lalu yang memetik Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengkritik lawatan rasmi pegawai kementerian ke gereja dan menggesa para pegawai gereja agar tidak menggunakan empat istilah iaitu Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat.

"Lebih-lebih lagi, mereka menasihatkan para pegawai gereja mengenai cara mereka bentuk buku mengenai ajaran Kristian dan saiz tulisan yang digunakan pada reka bentuk muka depan," kata Lim ketika membacakan kenyataan Bumburing.

Bumburing, yang juga ADUN Tamparuli berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku terutamanya di Sabah.

Lim menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak telah berlaku selama lebih 400 tahun.

Oleh itu, katanya ia tidak sepatutnya ada had terhadap penggunaannya dan pengimportan bahan berkaitan agama Kristian dari luar negara yang menggunakan perkataan itu dengan alasan mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan.

Mahkamah pada 2015 memerintahkan Jabatan Kastam dan KDN memulangkan semula lapan CD yang mengandungi kalimah 'Allah' yang dirampas dari Jill Ireland pada 2008.

Bagaimanapun beliau memohon pengisytiharan untuk menggunakan bahan yang mengandungi perkataan "Allah" bagi tujuan agama dan pendidikan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS