Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes culik pastor: Polis beri keterangan berbeza berhubung CCTV

Polis hari ini memberi keterangan berbeza mengenai fungsi monitor di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang dihubungkan dengan Kamera Litar tertutup (CCTV) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pada pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat ditanya peguam keluarga Koh, Jerald Gomez sama ada polis boleh mendapatkan maklumat daripada MBPJ mengenai rakaman berkenaan.

"Semuanya ada link dengan IPD PJ tapi sejauh mana link tu masa kejadian, saya tak tahu," katanya.

Ditanya sama ada polis boleh merekod rakaman berkenaan sekiranya ia dihubungkan, Fadzil mengesahkan bahawa ia boleh dilakukan.

"Yes. Kalau ada yes," katanya mengesahkan bahawa rakaman boleh dilakukan sekiranya kamera berfungsi.

Jawapan itu bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk menyiasat kehilangan Koh, Supari Mohammad.

Supari pada hari ini berkata monitor yang dihubungkan dengan CCTV MBPJ di IPD Petaling Jaya hanya boleh memantau rakaman secara langsung.

Supari, dalam keterangan sebelumnya juga menegaskan perkara ini.

Polis katanya perlu membuat permintaan dengan MBPJ untuk mendapatkan sebarang rakaman video.

Pegawai itu berkata pada Isnin bahawa polis tidak dapat memperoleh rakaman CCTV yang menunjukkan laluan yang mungkin digunakan oleh penculik Koh kerana semua CCTV tidak berfungsi.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS