Subra nafi lancar perang proksi terhadap Samy
Terjemahan Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam hari ini menafikan laporan yang mendakwa beliau telah menggunakan akhbar Tamil Malaysia Nanban untuk melancarkan 'perang proksi' terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu.
Terjemahan Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam hari ini menafikan laporan yang mendakwa beliau telah menggunakan akhbar Tamil Malaysia Nanban untuk melancarkan 'perang proksi' terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu.
"Saya tidak ada proksi...semua akhbar mempunyai ramai wartawan. Apa yang mereka kata mengenai saya tidak selalunya betul, tetapi itu tidak bermakna yang mereka menjadi proksi," katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam.
Beliau menjelaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Samy semalam yang menuduh Subramaniam menggunakan akhbar berkenaan untuk menjejaskan kepimpinannya.
Subramaniam berkata, walaupun ketua penasihat jabatan pengarang akhbar
Malaysia Nanban
mendiang Athi Kumanan adalah kawan baik, tetapi itu adalah pandangannya (Athi) sendiri.
"Saya juga menjadi kawan baik kepada editor-editor lain. Apa juga yang ditulis oleh Athi adalah pandangannya sebagai seorang editor," tambahnya.
Subramaniam bagaimanapun menolak anggapan bahawa 'serangan terbuka' Samy terhadapnya itu akan menjejaskan peluangnya dalam pemilihan parti itu tahun depan.
"Tidak. Saya tidak fikir akan terjejas. Saya boleh tangani sebarang pertandingan bagi jawatan tersebut," katanya.
Subramaniam juga menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk mencabar Samy bagi jawatan presiden, tetapi sebaliknya, akan hanya mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya sejak tahun 1982.
Naib Presiden MIC, Datuk G Palanivel, yang mendapatkan restu presiden parti, dijangka akan bertanding jawatan nombor parti itu.
Kempen SMS
Semalam, Samy juga menubuhkan timbalannya itu melancarkan kempen senyap melalui sebuah akhbara, untuk merebut kepimpinan parti itu daripadanya.
Samy mendakwa, akhbar berkenaan telah menimbulkan 'kekeliruan dan banyak masalah' kepada MIC dan politik kaum India di negara ini.
Menurutnya, terdapat kempen senyap-senyap di mana sesetengah pihak menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada penyokong Subramanium untuk mendapatkan sokongan.
"Mereka mengharapkan, SMS ini akan dihantar semula kepada yang lain-lain bagi membantu meraih simpat sebanyak mungkin," tambahnya.
Mengenai masalah dalaman akhbar Malaysia Nanban , Subramaniam enggan mengulas mengenainya kerana ia ada kaitan dengan sensitivi perundangan.
Sumber-sumber mendakwa, penyokong Samy telah mempengaruhi sesetengah pemegang saham Malaysia Nanban , untuk sengaja menimbulkan perpecahan bagi menjejaskan akhbar berkenaan yang secara terbuka menyokong Subramaniam.
Pertelingkahan antara dua pemimpin tertingi MIC ini berlarutan sejak tahun 1970-an. Pada satu ketika, Subramaniam dijangka menjadi presiden parti, tetapi Samy yang terpilih memegang jawatan tersebut pada 1972.
Subramaniam juga digugurkan oleh Samy daripada senarai calon MIC bagi bertanding kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum lalu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.