Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib melawat Anwar di HKL
Diterbitkan:  Nov 17, 2017 8:23 PM
Dikemaskini: 2:17 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL)  hari ini.

Najib berkongsi gambar lawatan itu di akaun twitter rasminya.

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Semoga beliau cepat pulih,” kata Najib.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim.

Anwar kini dirawat selepas menjalani pembedahan di bahu Ahad lalu. 

Anak lelaki Anwar Muhammad Ihsan mengucapkan terima kasih kepada Najib dan Rosmah atas kunjungan mereka, serta semua kakitangan HKL yang merawat bapanya.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kerajaan untuk mempertimbangkan agar ayah kami dibenarkan berada di kemudahan perubatan di luar penjara untuk menjalani rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, perkara itu dicadangkan oleh panel doktor yang merawat bapanya.

Kecederaan bahu Anwar berpunca daripada kemalangan di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 2014.

Kecederaan itu pada mulanya dirawat melalui senaman dan fisioterapi, tetapi keadaan dalam penjara menyukarkannya untuk meneruskan rutin itu.

Keluarga Anwar berkata beliau mula merungut keadaannya semakin memburuk pada Disember tahun yang sama.

Keadaan Anwar kemudian semakin buruk selepas terlibat dalam kemalangan pada 22 September lalu.

Ketika itu, beliau dalam perjalanan dari HKL untuk pulang je penjara, apabila kereta pengiring melanggar bahagian belakang kereta yang dinaikinya.

Lihat Komen
ADS