Najib arah Perkeso siasat komplot pekerja keluar pencen ilat
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) supaya menyiasat dakwaan kewujudan komplot melibatkan doktor dan lembaga perubatan Perkeso, sehingga membolehkan beratus pencarum dari kalangan pekerja sihat mengeluarkan pencen ilat mereka.

Beliau berkata, Perkeso perlu mengambil tindakan untuk membetulkan keadaan, sekiranya dakwaan itu terbukti benar.
"Saya minta Perkeso buat siasatan rapi tentang berita ini. Kalau mereka tidak layak (terima pencen ilat), tindakan perlu diambil untuk perbetulkannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai Golf Jemputan Business Times di Saujana Golf & Country Club di Shah Alam.
Menurut Bernama, laporan dalamsebuah akhbar tempatan hari ini, mendakwa beratus pekerja sihat telah mengeluarkan pencen ilat daripada Perkeso dalam satu komplot yang melibatkan doktor dan lembaga perubatan pertubuhan itu.
Laporan yang memetik sumber Perkeso itu menganggarkan bahawa satu dalam tiap 10 kes pengeluaran pencen ilat itu, adalah palsu.
"Kita tidak mahu bayaran Socso disalahgunakan oleh sesiapa sekalipun," Najib.