Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembunuhan Kevin Morais: Ahli patologi, 5 lain diarah bela diri

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas ahli patologi tentera, Kolonel Dr R Kunasegaran, yang didakwa membunuh timbalan pendakwa raya Datuk Anthony Kevin Morais, untuk membela dirinya bersama lima lain.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap keenam-enam tertuduh.

Selain Kunasegaran, 53, - R Dinishwaran, 25, AK Thinesh Kumar, 24, M Vishwanath, 27, S Nimalan, 24, dan S Ravi Chandaran, 46, memohon dibicarakan atas tuduhan membunuh Kevin Morais di Jalan Dutamas Raya Sentul ke No 1 Jalan USJ1 / 6D, Subang Jaya antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015.

Pada 27 Julai, Kunasegaran dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam tuduhan menggunakan peralatan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) tanpa pengetahuan hospital.

Abang Kevin Morais, Richard, yang hadir di mahkamah, menerima amaran daripada polis selepas beliau mula bertepuk tangan selepas keputusan itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Richard berkata, beliau gembira dengan keputusan itu dan memuji pihak polis atas "usaha keras" mereka berkenaan dengan kes itu.

Tertuduh-tertuduh berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS