Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lagi pertikaian hartanah PAS-AMANAH dibawa ke mahkamah

Ketika pertikaian Wisma Tok Guru di Kelantan sedang menunggu perbicaraan, empat anggota AMANAH berjaya menolak permohonan PAS dan ketua bahagiannya, Azhar Yahya, sebagai plaintif dalam pertikaian undang-undang berhubung sebuah hartanah di Kuala Lumpur.

Bangunan yang dipersoalkan itu pernah digunakan oleh PAS Bahagian Batu, tetapi tindakan itu kini dipersoalkan selepas beberapa pemimpinnya menyertai AMANAH.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Md Mansor Ali, sebagai plaintif, adalah pemegang amanah dan pemilik harta tersebut.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan bahawa Azhar dan PAS tidak mempunyai lokus standi sebagai pihak-pihak  dalam saman itu. Mereka diperintahkan membayar kos RM3,000 kepada keempat-empat defendan.

Pengurusan kes ditetapkan pada 24 Januari depan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS