Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PKR kecewa Zahid benarkan Mugabe ke Malaysia
Diterbitkan:  Nov 20, 2017 3:51 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan timbalan perdana menteri yang membenarkan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe menerima rawatan di negara ini.

"Harap ini tidak benar dan sekiranya ia benar kerajaan Malaysia tidak harus membenarkan perkara ini.

"Negara ini juga tidak sepatutnya terlibat sekiranya ia membantutkan proses demokrasi dan keadilan di Zimbabwe," kata Nik Nazmi dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata, meskipun rejim yang didalangi tentera tidak patut diiktiraf, Mugabe harus sedar bahawa rakyat Zimbabwe sudah tidak menyokongnya lagi.

"Yang lebih penting adalah menyedari bahawa kuasanya sudah berakhir.

"Sekarang untuk menyelesaikan masalah ini, hanya kesudahan yang melibatkan kuasa demokrasi rakyat sepatutnya diiktiraf, melalui pilihan raya yang bersih dan adil untuk memilih kerajaan perdamaian kebangsaan (national reconciliation) yang baru.

"Masyarakat antarabangsa, terutamanya organisasi serantau seperti Southern African Development Community (SADC) harus menyokong usaha penyelesaian ini," katanya.

Semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak akan menyekat atau membantah sekiranya Mugabe berhasrat datang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Beliau berkata pendirian itu selaras dengan hasrat kerajaan yang giat mempromosikan pelancongan kesihatan di negara ini kepada masyarakat antarabangsa.

Krisis di Zimbabwe bermula apabila pemimpin diktator berusia 93 tahun itu memecat timbalannya, Emmerson Mnangagwa kira-kira dua minggu lalu sebagai usaha melantik isterinya, Grace sebagai presiden yang baru.

Susulan itu pihak tentera menahan Mugabe di kediamannya dan merampas stesen televisyen negara itu, menyebabkan ratusan ribu rakyat keluar ke jalan raya bagi meraikan langkah tersebut.

Parti pemerintah Zanu-PF kemudian memberikan tempoh 24 jam kepada Mugabe sama ada meletak jawatan atau disingkirkan.

Namun selepas beberapa jam kenyataan itu dikeluarkan, Mugabe menerusi siaran secara langsung di kaca televisyen mengumumkan beliau enggan meletakkan jawatan.

Lihat Komen
ADS