Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Langkah tepat lantik Khalid, kata kementerian kewangan
Diterbitkan:  Nov 20, 2017 4:49 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Kerajaan membuat keputusan tepat dengan melantik bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad pada September lalu, kata Kementerian Kewangan.

Menerusi jawapan parlimen bertarikh 16 November 2017, kementerian itu berkata Khalid terbukti bewibawa dan berpengalaman sebagai pemimpin seperti yang telah dibuktikannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1976.

"Selain itu pengalaman luas dan mendalamnya dalam bidang keselamatan akan memantapkan lagi aspek keselamatan dan sekuriti dalam perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan Prasarana," kata Kementerian Kewangan lagi.

Ia menjawab soalan Siti Mariah Mahmud (AMANAH-Kota Raja) yang meminta kerajaan menjelaskan kelayakan Khalid untuk dilantik ke jawatan itu.

Khalid dilantik menjadi pengerusi Prasarana pada 5 September lalu, sehari selepas menamatkan tugasnya sebagai ketua polis negara.

Pelantikan itu menarik perhatian ramai pihak, terutama kerana terlalu pantas dan dilihat tidak berkaitan dengan bidang tugasnya sebelum itu.

Pengarah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel sebelum ini mempersoalkan pengalaman Khalid dalam soal pengangkutan awam.

"Apakah kriteria dalam memberi Khalid pakej persaraan ini?" soalnya seperti dilapor Malaysiakini.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz menyifatkan Khalid merupakan orang yang sesuai mempengerusikan syarikat berkaitan pengangkutan awam, yang mana keselamatan dan ketenteraman pengguna menjadi faktor utama.

 

Lihat Komen
ADS