Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pua: Kenapa Najib tak minta polis untuk dokumen 1MDB?
Diterbitkan:  Nov 21, 2017 1:05 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

Kerajaan dengan mudah boleh meminta kerjasama pihak polis untuk membenarkan juruaudit meneliti dokumen 1MDB untuk menghasilkan penyata kewangannya, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

"Jika menteri kewangan memang serius mahu 1MDB menyelesaikan proses auditnya, kenapa beliau tidak ... membincangkan hal ini dengan pihak polis supaya pengaturan dibuat untuk audit dijalankan?

"Pastinya tidak terlalu sukar bagi penyiasat untuk membenarkan juruaudit, paling tidak, melihat dokumen yang diperlukan?" kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pua mengulas jawapan bertulis parlimen Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa 1MDB telah memohon pihak polis mengembalikan dokumen-dokumen berkaitan tetapi tidak berjaya, oleh itu proses memfailkan penyata kewangannya untuk tahun 2015 dan 2016 terpaksa ditangguhkan.

Polis merampas berkotak-kotak dokumen dari 1MDB pada 8 Julai 2015. Selepas lebih daripada dua tahun, tiada tuduhan dibuat manakala siasatan dikatakan masih berterusan.

Setakat 6 Nov, kerajaan mengesahkan bahawa polis telah mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara "beberapa kali".

Ini, kata Pua, membayangkan bahawa pihak polis telah menyelesaikan siasatan mereka dan mempersoalkan keperluan menahan dokumen 1MDB.

Beliau berkata pihak polis perlu menyedari bahawa laporan audit 1MDB sangat penting kerana dakwaan bahawa berbilion ringgit telah diselewengkan dan disalurkan ke akaun pelaburan palsu di luar negara.

Pua berkata sikap acuh tidak acuh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak terhadap laporan audit 1MDB menunjukkan bahawa beliau tidak komited terhadap ketelusan.

Penyata kewangan terakhir 1MDB adalah untuk tahun kewangan 2014. Walau bagaimanapun, juruaudit terdahulu Deloitte telah membatalkan laporan audit kewangan 1MDB untuk tahun 2013 dan 2014.

Pada bulan Januari, 1MDB melantik Parker Randall sebagai juruaudit barunya.

Sejak penubuhannya pada 2009, 1MDB sering bertukar-tukar juruaudit, bermula dengan firma Ernst and Young sebelum diganti oleh KPMG.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS