Terjemahan Syarikat konglomerat Sime Darby merancang untuk membeli 32 peratus pegangan kerajaan dalam syarikat kereta nasional, Proton, yang kini dipegangnya melalui Khazazah Nasional Bhd, demikian menurut satu laporan hari ini.

Akhbar kewangan mingguan The Edge memetik sumber-sumber bahawa Sime akan membayar pembelian tersebut sama ada secara tunai, penerbitan saham baru atau melalui kedua-duanya. Khazanah memiliki 42.7 peratus ekuiti dalam Proton.

Katanya, saham Proton juga akan dinilai pada harga antara RM8.50 dan RM9.

Di peringkat ini, menurut The Edge, dianggarkan Sime mungkin membayar antara RM1.5 bilion dan RM2 bilion bagi mendapatkan pegangan dalam proton itu.

Sebelum dilaporkan mengenai kemungkinan Proton mewujudkan kerjasama dengan pembuat kereta dari Jerman, Volkswagen AG. Malah, Syarikat Hyundai Motor Co dari Korea Selatan juga dikatakan berminat mewujudkan kerjasama dengan Proton.

Jualan Proton semakin merosot kerana persaingan daripada kereta import yang sejenis dengannya, sehingga mencatatkan kerugian RM12.35 juta dalam suku tahun pertama sehingga Jun lalu, berbanding keuntungan RM166.47 juta tahun sebelumnya.

Sebelum ini, Proton menjual enam bagi setiap 10 kereta baru di negara ini, tetapi jualannya merosot sejak beberapa tahun lalu berikutan peningkatan saingan daripada kereta import.

Aktiviti utama Sime Darby termasuklah edaran kenderaan, perladangan, hartanah, jentera berat dan penjanaan kuasa.

AFP