Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Projek mewah: K’jaan ingkar larangan sendiri, kata Pua
Diterbitkan:  Nov 24, 2017 12:20 PM
Dikemaskini: 4:23 AM

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh meluluskan pembangunan Bandar Malaysia sedangkan pemaju induknya belum dipilih.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua menuduh kerajaan mengingkari arahan kabinet mengenai larangan terhadap pembangunan hartanah mewah, semata-mata untuk melindungi kepentingan 1MDB.

Beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa kelulusan awal secara dasar telah diberikan kepada projek-projek Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX).

"Jelas di sini bahawa prinsip kerajaan hanya untuk melindungi kepentingan 1MDB.

"TRX dan Bandar Malaysia adalah dua aset terbesar 1MDB yang perlu dibangunkan sekiranya dana itu memerlukan peluang untuk terus bertahan dan mereka juga merupakan antara dua projek pembangunan terbesar di Kuala Lumpur," katanya.

"Yang luar biasa, Kementerian Kewangan tidak pernah mengisytiharkan pemenang untuk tender pemaju utama Bandar Malaysia.

"Jawapan terbaru dari Kementerian Kewangan minggu lalu ialah terdapat lapan syarikat yang menyatakan minat untuk membangunkan projek sebesar 486 ekar itu," katanya.

Tengku Adnan memperlihatkan semangat "Malaysia Boleh", kata Pua.

Sebelum ini, adalah dilaporkan kerajaan persekutuan memohon penangguhan ke atas beberapa jenis pembangunan hartanah mewah di Kuala Lumpur.

DBKL diarah berhenti mempertimbang atau meluluskan projek pembangunan kompleks beli-belah, pejabat, pangsapuri dan kondominium mewah berharga RM1 juta ke atas di ibukota berkuatkuasa 1 November.

Larangan itu susulan kebimbangan Bank Negara mengenai lambakan hartanah sedemikian di pasaran.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS