Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Johari pertahan pengundi tentera di kem belum siap
Diterbitkan:  Nov 28, 2017 8:25 AM
Dikemaskini: 12:30 AM

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum semalam mempertahankan kewujudan 1,051 pengundi tentera di kem Segamat, yang masih dalam pembinaan.

Beliau berkata pengundi tentera boleh ditempatkan di situ walaupun kem tersebut hanya akan siap pada pertengahan tahun 2018.

Dalam perbahasan debat Belanjawan 2018 semalam, Johari menyebut contoh lain di mana rejimen tentera diletakkan di sempadan di Sarawak meskipun kem belum siap.

Dalam keadaan sedemikian, katanya, anggota tentera yang ditempatkan di sana bertugas di sekitar kawasan itu.

Dalam kes lain, beliau mendapati terdapat pengundi tentera perlu menyewa rumah berhampiran.

Johari berkata demikian ketika digesa oleh beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) dan V Sivakumar (DAP-Batu Gajah) .

Mereka membangkitkan persoalan itu selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mendaftarkan pengundi di kem itu selepas menerima permohonan daripada tentera.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS